Event Description
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Digital Negara (JDN) dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah membangunkan satu Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam. Garis panduan ini dirangka sebagai panduan komprehensif untuk semua agensi kerajaan dalam mengadaptasi teknologi AI di agensi masing-masing. Objektif utama dokumen ini adalah untuk memastikan penggunaan AI dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, tanpa mengabaikan prinsip keselamatan, akauntabiliti dan etika.
Sehubungan itu, JDN akan menganjurkan majlis peluncuran yang akan dirasmikan oleh YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital dan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Bersempena majlis ini, Sesi Perkongsian AI Use Case Sektor Awam dan Forum Etika dan Tadbir Urus AI Sektor Awam turut diadakan.
Undangan peserta adalah kepada Ketua Setiausaha, Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Digital (CDO) dan Pengurus ICT Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Undangan dipanjangkan kepada wakil Universiti yang telah menyumbang tenaga dalam pembangunan garis panduan ini.
Kod Acara disertakan dalam e-mel / surat undangan.
Event Date
27-02-2025
27-02-2025
Event Sesssion
| Sesi Perkongsian AI Use Case Sektor Awam, Forum Etika & Tadbir Urus AI Sektor Awam dan Peluncuran Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam |
|
27-02-2025 (14:00)27-02-2025 (17:00)
|
| Peluncuran Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam |
|
27-02-2025 (13:30)27-02-2025 (17:00)
|
Location
Millennium Ballroom 1, Aras 1,
Hotel Le Meridien Putrajaya
View Location
Url Web (related portal/ web links)
Event Category
Limited Event ( Capacity : 373 )
Event Cost
Free Event
Organizer
Jabatan Digital Negara (JDN)
Contact Us
Farhadila Nadia binti Mislan
012-5664645
farhadila@jdn.gov.my
Nur Shazwani binti Salleh
014-5808679
nurshazwani@jdn.gov.my