...
Ended

Keterangan Program

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Digital Negara (JDN) dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah membangunkan satu Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam. Garis panduan ini dirangka sebagai panduan komprehensif untuk semua agensi kerajaan dalam mengadaptasi teknologi AI di agensi masing-masing. Objektif utama dokumen ini adalah untuk memastikan penggunaan AI dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, tanpa mengabaikan prinsip keselamatan, akauntabiliti dan etika.

Sehubungan itu, JDN akan menganjurkan majlis peluncuran yang akan dirasmikan oleh YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital dan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Bersempena majlis ini, Sesi Perkongsian AI Use Case Sektor Awam dan Forum Etika dan Tadbir Urus AI Sektor Awam turut diadakan.

Undangan peserta adalah kepada Ketua Setiausaha, Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Digital (CDO) dan Pengurus ICT Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Undangan dipanjangkan kepada wakil Universiti yang telah menyumbang tenaga dalam pembangunan garis panduan ini.

Kod Acara disertakan dalam e-mel / surat undangan. 

Tarikh Program

27-02-2025 27-02-2025

Sesi Program

Sesi Perkongsian AI Use Case Sektor Awam, Forum Etika & Tadbir Urus AI Sektor Awam dan Peluncuran Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam
27-02-2025 (14:00)27-02-2025 (17:00)
Peluncuran Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam
27-02-2025 (13:30)27-02-2025 (17:00)

Lokasi

Millennium Ballroom 1, Aras 1,
Hotel Le Meridien Putrajaya
Lihat Lokasi

Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)

http://

Kategori Program

Program Terhad ( Kapasiti : 373 )

Kos Program

Program Percuma

Dokumen Berkaitan


Peta ke Lokasi
Agenda

Penganjur

Jabatan Digital Negara (JDN)

Hubungi Kami

Farhadila Nadia binti Mislan
012-5664645
farhadila@jdn.gov.my

Nur Shazwani binti Salleh
014-5808679
nurshazwani@jdn.gov.my