...
Ended

Event Description

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengambil inisiatif untuk menganjurkan semula program anugerah inovasi yang diberikan suntikan nafas dan penjenamaan nama yang baharu iaitu Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA). Program ini juga diadakan bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan agensi yang berjaya menghasilkan inovasi berkualiti dan berimpak tinggi yang dapat menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan awam.

Program AIPSA mempunyai satu objektif utama iaitu membudayakan inovasi dalam sektor awam dan didukung oleh tiga (3) objektif khusus iaitu:

  1. Mewujudkan dan menyemai DNA Inovasi dalam agensi sektor awam bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat;
  2. Mewujudkan platform bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan dan kolaborasi pada peringkat nasional dan global; dan
  3. Mengiktiraf hasil inovasi agensi sektor awam pada peringkat Nasional.
Program AIPSA mempunyai tiga (3) kategori anugerah seperti berikut dan menawarkan ganjaran keseluruhan berjumlah RM 2.5 juta:
  1. Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (anugerah utama);
  2. Anugerah Inovasi Sektor Awam (AlnSA); dan
  3. Anugerah DNA Inovasi Sektor Awam (ADISA).
Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2023: Garis Panduan Mekanisme Pelaksanaan Program Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam, tadbir urus bagi penentuan penerima untuk setiap kategori anugerah adalah melalui dua (2) peringkat jawatankuasa iaitu:
  1. Jawatankuasa Pencalonan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MAMPU; dan
  2. Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.
Acara kemuncak ialah Majlis AIPSA Tahun 2023 akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 November 2023 bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 8.00-10.30 malam.

Maklumat lanjut bagi Majlis AIPSA, layari laman web: https://aipsa.mampu.gov.my/

Event Date

07-11-2023 07-11-2023

Event Sesssion

MAJLIS ANUGERAH INOVASI PERDANA SEKTOR AWAM (AIPSA)
07-11-2023 (12:00)07-11-2023 (23:59)

Location

Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Url Web (related portal/ web links)

https://aipsa.mampu.gov.my/

Event Category

Limited Event ( Capacity : 1290 )

Event Cost

Free Event

Organizer

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Contact Us

YBrs. Dr. Faizal bin Hj. Zainudin
03-88725159
sekretariataipsa@mampu.gov.my

Encik Adrian Leong Tiam Ee
03-88725018
sekretariataipsa@mampu.gov.my