

Keterangan Program
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengambil inisiatif untuk menganjurkan semula program anugerah inovasi yang diberikan suntikan nafas dan penjenamaan nama yang baharu iaitu Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA). Program ini juga diadakan bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan agensi yang berjaya menghasilkan inovasi berkualiti dan berimpak tinggi yang dapat menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan awam.
Program AIPSA mempunyai satu objektif utama iaitu membudayakan inovasi dalam sektor awam dan didukung oleh tiga (3) objektif khusus iaitu:
- Mewujudkan dan menyemai DNA Inovasi dalam agensi sektor awam bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat;
- Mewujudkan platform bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan dan kolaborasi pada peringkat nasional dan global; dan
- Mengiktiraf hasil inovasi agensi sektor awam pada peringkat Nasional.
- Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (anugerah utama);
- Anugerah Inovasi Sektor Awam (AlnSA); dan
- Anugerah DNA Inovasi Sektor Awam (ADISA).
- Jawatankuasa Pencalonan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MAMPU; dan
- Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.
Maklumat lanjut bagi Majlis AIPSA, layari laman web: https://aipsa.mampu.gov.my/
Tarikh Program
07-11-2023
07-11-2023
Sesi Program
MAJLIS ANUGERAH INOVASI PERDANA SEKTOR AWAM (AIPSA) |
07-11-2023 (12:00)07-11-2023 (23:59)
|
Lokasi
Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)
Kategori Program
Program Terhad ( Kapasiti : 1290 )
Kos Program
Program Percuma
Penganjur
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Hubungi Kami
YBrs. Dr. Faizal bin Hj. Zainudin
03-88725159
sekretariataipsa@mampu.gov.my
Encik Adrian Leong Tiam Ee
03-88725018
sekretariataipsa@mampu.gov.my