
Event Description
Jabatan Digital Negara (JDN) sedang melaksanakan Projek Pelaksanaan DevOps dalam Pembangunan Aplikasi Sektor Awam yang merupakan salah satu inisiatif JDN bertujuan untuk menambah baik pendekatan pembangunan sistem aplikasi dengan mengutamakan kolaborasi serta sokongan automasi bagi meningkatkan produktiviti ke arah penghasilan produk aplikasi yang berkualiti. Projek ini merupakan kesinambungan Program Pembangunan Keupayaan Sumber Terbuka (OSDeC) dalam memantapkan perkhidmatan gunasama ICT sektor awam melalui peningkatan kemahiran pegawai serta penggunaan teknologi yang terkini dan relevan. Selaras dengan inisiatif ini, JDN akan menganjurkan Latihan Teknikal Pembangunan Sistem Melalui Kaedah DevOps yang bertujuan untuk memberikan kefahaman terhadap Rangka Kerja dan Panduan Pelaksanaan DevOps yang telah dibangunkan serta Metodologi Agile Scrum.
Makan minum akan disediakan oleh pihak penganjur manakala penginapan dan pengangkutan ke lokasi latihan tidak disediakan dan peserta perlu membuat tuntutan perjalanan melalui agensi masing-masing mengikut kadar kelayakan selaras dengan pekeliling semasa yang telah ditetapkan.
EMEL JEMPUTAN RASMI AKAN DI HANTAR KEPADA PESERTA YANG TERPILIH. TERBUKA HANYA KEPADA 20 PENYERTAAN PERTAMA SAHAJA BAGI SETIAP SESI.
PENGINAPAN TIDAK DISEDIAKAN.
Event Date
19-06-2025
20-06-2025
Event Sesssion
Hari Pertama |
19-06-2025 (08:00)19-06-2025 (17:00)
|
Hari Kedua |
20-06-2025 (08:00)20-06-2025 (17:00)
|
Location
Tempat : Marina Putrajaya
Hari : Khamis - Jumaat
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Url Web (related portal/ web links)
Event Category
Open Event
Event Cost
Free Event
Organizer
JABATAN DIGITAL NEGARA
Contact Us
Nurul Ayuni binti Juhari
0192802721
ayuni@jdn.gov.my
Ruzita binti Jamaludin
0123699242
ruzita@jdn.gov.my