Event Description
Kesakitan (pain) merupakan salah satu simptom utama yang dialami oleh pesakit dalam pelbagai keadaan klinikal sama ada akut atau kronik. Penilaian tahap kesakitan (pain score) telah diiktiraf sebagai 5th vital sign yang perlu dinilai dan dipantau secara konsisten seperti tanda vital lain. Tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi, penilaian kesakitan mungkin tidak dilakukan dengan tepat, seterusnya menjejaskan intervensi dan keberkesanan rawatan.
Jururawat dan penolong pegawai perubatan atau paramedik memainkan peranan penting dalam penilaian, pemantauan dan intervensi terhadap kesakitan pesakit. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran yang kompeten dalam pengurusan kesakitan adalah amat penting bagi memastikan penjagaan pesakit yang berkualiti dan berkesan.
Sehubungan dengan itu, kursus ini dicadangkan untuk meningkatkan kecekapan jururawat dan paramedik dalam mengurus kesakitan pesakit secara holistik dan berasaskan amalan terbaik (evidence-based practice).
Event Date
26-08-2026
26-08-2026
Event Sesssion
| KURSUS PENGURUSAN KESAKITAN (PAIN MANAGEMENT) |
|
26-08-2026 (08:00)26-08-2026 (17:00)
|
Location
Bilik Kursus, Mahkamah Syariah Labuan
Url Web (related portal/ web links)
Event Category
Limited Event ( Capacity : 40 )
Event Cost
Free Event
Organizer
UNIT KEJURURAWATAN
Contact Us
Molly Migain
0128849766
molly@moh.gov.my
Lilyiana Pengui
0168155177
lilyianapengui@moh.gov.my