...
Ended

Event Description

Sistem Pemantauan Operasi Tugas (SPOT-Me) merupakan sistem perakam waktu masuk dan keluar pejabat atau mana-mana lokasi kerja bagi pegawai di sektor awam. Sistem ini membolehkan rakaman waktu masuk dan keluar dilaksanakan berdasarkan fungsi geolokasi peranti mudah alih secara atas talian menerusi pelayar web atau aplikasi mudah alih. Sistem ini juga berperanan sebagai sistem pemantauan kehadiran dan tugasan secara elektronik.

Sistem SPOT-Me memberi kemudahan kepada pegawai untuk merekod kehadiran bertugas di pejabat dan di luar pejabat serta memudahkan penyelia memantau keberadaan pegawai hanya melalui fungsi pengesanan geo-lokasi.  Selain itu, SPOT-Me berupaya membantu pihak pengurusan membuat pemantauan kehadiran dan memantau status prestasi kehadiran pegawai dengan lebih efisien serta efektif melalui fungsi dashboard, statistik serta laporan kehadiran pegawai yang terdapat di dalam sistem.

Event Date

08-03-2024 08-03-2024

Event Sesssion

Sesi Perkongsian Maklumat Produk/Perkhidmatan JDN Siri 1/2024 (SPOT-Me)
08-03-2024 (09:30)08-03-2024 (10:30)

Location

Online Program

Url Web (related portal/ web links)

http://

Event Category

Open Event

Event Cost

Free Event

Organizer

Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA), JDN

Contact Us

Ts. Abdul Latiff Ahmad Zainuri
038872 3070
latiff@digital.gov.my