Event Description
Jabatan Digital Negara (JDN) telah memperkenalkan inisiatif Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia yang dikenali sebagai GAMMA sebagai platform berpusat bagi mengurus penerbitan aplikasi mudah alih sektor awam melalui satu gerbang tunggal milik Kerajaan. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan dan memudahkan agensi sektor awam menyediakan perkhidmatan melalui aplikasi mudah alih bagi memudahkan pengguna mengakses perkhidmatan sektor awam. Di samping itu, GAMMA dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi mudah alih daripada sumber yang sahih serta terjamin keselamatannya.
Bagi memastikan agensi sentiasa memperoleh maklumat terkini mengenai penggunaan GAMMA, memperkukuh pematuhan terhadap pengurusan aplikasi mudah alih serta meningkatkan kualiti aplikasi mudah alih yang diterbitkan melalui GAMMA, Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) akan menganjurkan Program Pemantapan Aplikasi Mudah Alih Sektor Awam Tahun 2026 ini.
Event Date
04-08-2026
04-08-2026
Event Sesssion
| sesi pagi |
|
04-08-2026 (07:30)04-08-2026 (12:30)
|
| sesi petang |
|
04-08-2026 (14:00)04-08-2026 (17:00)
|
Location
Dewan Pameran Menara Usahawan, Putrajaya
Url Web (related portal/ web links)
Event Category
Open Event
Event Cost
Free Event
Related Document
Organizer
JABATAN DIGITAL NEGARA
Contact Us
norlaili binti sobki
0123923134
norlailisobki@jdn.gov.my
Norlaili binti Sobki
0123923134
norlailisobki@jdn.gov.my