...
Ended

Event Description

Selaras dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan teknologi mudah alih, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri selaku agensi peneraju ICT Sektor Awam telah membangunkan Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA). GAMMA merupakan sebuah galeri yang menempatkan aplikasi mudah alih kerajaan yang berinovatif, selamat, dipercayai dan sahih sekaligus memudahkan rakyat untuk memuat turun aplikasi mudah alih yang diperlukan untuk urusan berkaitan perkhidmatan kerajaan secara percuma tanpa perlu ragu akan keasliannya.

Sehubungan perkara tersebut, MAMPU sentiasa berusaha untuk menyokong  agensi sektor awam menambah baik penyampaian perkhidmatan melalui platform aplikasi mudah alih agar selari dengan fungsi dan teknologi semasa. Maka sesi libat urus bersama agensi melalui pelaksanaan bengkel adalah usaha yang giat dilaksanakan sekaligus mempergiatkan kajian terperinci bagi meneliti faktor utama yang membawa kejayaan pelaksanaan penyampaian perkhidmatan agensi melalui platform mudah alih.

OBJEKTIF PROGRAM:

  1. Menyediakan platform perkongsian ilmu bagi mendidik dan melatih peserta tentang kaedah pembangunan aplikasi mudah alih
  2. Membuka peluang kepada peserta untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran serta memberikan pengalaman praktikal bagi menambah baik fungsi aplikasi mudah alih yang supaya lebih inovatif.
  3. Meningkatkan kemahiran, memupuk inovasi dan kerjasama di antara komuniti pembangunan aplikasi mudah alih khususnya di kalangan kakitangan sektor awam; dan
  4. Membantu peserta untuk merancang dan membangunkan aplikasi mudah alih yang lebih mapan

Event Date

07-03-2023 07-03-2023

Event Sesssion

Bengkel Pemantapan Aplikasi Mudah Alih Sektor Awam 2023
07-03-2023 (09:00)07-03-2023 (17:30)

Location

DEWAN SERBAGUNA, KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA,
26, Jalan Tun Hussein, Presint 4, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Event Category

Open Event [Limited]

Event Cost

Free Event

Organizer

Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU

Contact Us

Pn. Adawiyah Md Ashar
03 8892 7494
adawiyah@mampu.gov.my

En. Mohd Nazmir bin Abdul Munir
03-8872 5190
nazmir@mampu.gov.my