...
Ended

Event Description

Portal MyGovernment merupakan gerbang kepada maklumat dan perkhidmatan agensi Kerajaan Malaysia secara dalam talian yang berkonsepkan peristiwa kehidupan dan berpaksikan rakyat. Portal ini merupakan manifestasi pelan pendigitalan sektor awam dan komitmen ke arah memperkasakan perkhidmatan digital secara End-To-End (E2E).

myPortfolio merupakan dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan dalam sesebuah organisasi. Inisiatif ini juga bertujuan memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi sektor awam.

Sesi perkongsian maklumat Portal MyGovernment akan disampaikan oleh Encik Syahmi bin Yusop, Ketua Penolong Pengarah daripada Seksyen Gerbang Perkhidmatan Digital Kerajaan, Bahagian Kerajaan Digital (BKD) MAMPU. Manakala sesi perkongsian maklumat myPortfolio akan disampaikan oleh Puan Waheeda binti Mohd Idris, Ketua Penolong Pengarah dari Seksyen Penyelidikan Sistem dan Prosedur, Bahagian Penyelidikan Pengurusan MAMPU.

Event Date

13-04-2023 13-04-2023

Event Sesssion

Slot 1: Portal MyGovernment
13-04-2023 (09:30)13-04-2023 (10:30)
Slot 2: myPortfolio
13-04-2023 (10:30)13-04-2023 (11:30)

Location

Online Program

Event Category

Open Event

Event Cost

Free Event

Organizer

Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA) MAMPU

Contact Us

Ts. Abdul Latiff bin Ahmad Zainuri
03-8872 3070
latiff@mampu.gov.my