Keterangan Program
Jabatan Digital Negara (JDN) berperanan sebagai peneraju transformasi digital sektor awam melalui pemerkasaan tadbir urus digital, pembangunan ekosistem data kerajaan serta pengukuhan penggunaan teknologi digital secara menyeluruh di peringkat kementerian dan agensi sektor awam.
Selaras dengan itu, Bahagian Kerajaan Digital (BKD), JDN kini sedang melaksanakan kajian keperluan bagi pembangunan Platform Gerbang Data Sektor Awam sebagai inisiatif strategik kerajaan untuk menyokong pelaksanaan Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864], Pelan Tindakan AI Kebangsaan serta memacu inisiatif GovTech dalam pendigitalan sektor awam. Pembangunan platform ini turut melibatkan perluasan fungsi serta penstrukturan semula Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) sebagai salah satu modul utama di dalam Platform Gerbang Data Sektor Awam. Platform ini akan merangkumi pengurusan katalog data, kamus data, data toolkit, analitik data dan perkongsian data sektor awam secara berpusat dan terkawal.
Tarikh Program
15-07-2026
16-07-2026
Sesi Program
| HARI PERTAMA : BENGKEL KAJIAN KEPERLUAN PEMBANGUNAN PLATFORM GERBANG DATA SEKTOR AWAM |
|
15-07-2026 (07:30)15-07-2026 (17:00)
|
| HARI KEDUA : BENGKEL KAJIAN KEPERLUAN PEMBANGUNAN PLATFORM GERBANG DATA SEKTOR AWAM |
|
16-07-2026 (07:30)16-07-2026 (17:00)
|
Lokasi
BILIK SEMINAR NCFS, PUSAT KESELAMATAN MAKANAN NEGARA (NCFS), TAMAN MAWAR, BANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR.
Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)
Kategori Program
Program Terbuka [Terhad]
Kos Program
Program Percuma
Penganjur
JABATAN DIGITAL NEGARA
Hubungi Kami
NOORASIKIN BINTI RAMLI
0123819579
asyikin@jdn.gov.my