

Keterangan Program
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Kerajaan Digital (BKD) akan menganjurkan Seminar Perkongsian Data Sektor Awam Tahun 2023 dengan tema Perkongsian Data: Atasi Cabaran, Serlahkan Inovasi, Nilai Tercipta yang akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah MAMPU.
Objektif utama seminar ini diadakan adalah seperti berikut:
(i) Meningkatkan pengetahuan kepada agensi sektor awam berkenaan perkongsian data; dan
(ii) Menyediakan platform bertaraf antarabangsa bagi menggalakkan percambahan idea dan inovasi perkongsian data.
Sasaran peserta untuk penyertaan seminar ini adalah Ketua Pegawai Digital, Pengurus ICT atau pegawai yang diwakilkan. Justeru, Ketua Pegawai Digital, Pengurus ICT atau pegawai yang diwakilkan diundang untuk menghadiri seminar ini.
Acara ini juga akan dipaparkan secara langsung melalui Facebook MAMPU, JPM.
Nota:
1. Tempat adalah terhad. Penyertaan hanya terbuka kepada pegawai yang menerima e-mel jemputan atau wakil sahaja.
2. Peserta yg hadir disarankan meletak kenderaan di ruang parkir hotel untuk mendapat kadar caj flat rate RM10. Kupon parkir boleh diperoleh di meja pendaftaran kelak.
Tarikh Program
19-12-2023
19-12-2023
Sesi Program
Seminar Perkongsian Data Sektor Awam |
19-12-2023 (07:00)19-12-2023 (14:00)
|
Lokasi
Millennium Grand Ballroom 1 & 2, Le Méridien Putrajaya
Lihat Lokasi
Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)
Kategori Program
Program Terhad ( Kapasiti : 479 )
Kos Program
Program Percuma
Penganjur
BAHAGIAN KERAJAAN DIGITAL, MAMPU
Hubungi Kami
NORASMIZA BINTI RUSLI
0172299025
norasmiza@mampu.gov.my
AIDA BINTI JAAFAR
0139559299
aida@mampu.gov.my