Keterangan Program
Sesi taklimat online Perkhidmatan MyGPKI ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi dan peranan MyGPKI sebagai perkhidmatan keselamatan ICT Kerajaan. Taklimat ini akan menerangkan penggunaan sijil digital bagi pengesahan identiti, penyulitan maklumat dan tandatangan digital dalam transaksi sistem ICT Kerajaan. Peserta juga akan diberi penerangan berkaitan pengurusan Sijil Digital Pengguna dan Sijil Digital Pelayan termasuk permohonan, pembaharuan, pembatalan serta sokongan teknikal. Program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan pematuhan agensi terhadap penggunaan MyGPKI bagi menjamin keselamatan, integriti dan kepercayaan digital.
Tarikh Program
26-06-2026
26-06-2026
Sesi Program
| SESI PERKONGSIAN PRODUK |
|
26-06-2026 (10:00)26-06-2026 (11:00)
|
Lokasi
Program Atas Talian
Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)
Kategori Program
Program Terbuka
Kos Program
Program Percuma
Penganjur
Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA) Jabatan Digital Negara
Hubungi Kami
TS. FARAH LIANA BINTI MOHD SUHAIMI
0390785993
farahliana@jdn.gov.my