Keterangan Program
Jaminan kualiti merupakan pendorong utama dalam mewujudkan budaya tadbir urus yang baik. Begitu juga, tadbir urus digital yang baik dan berkesan didorong oleh strategi jaminan kualiti digital.
Dalam melaksanakan fungsi Jabatan Digital Negara (JDN) sebagai jabatan teknikal ICT dalam pemantapan tatakelola pelaksanaan inisiatif pendigitalan dan adaptasi teknologi digital baharu, JDN telah memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif yang dapat meningkatkan kualiti, kecekapan, keberkesanan dan keutuhan perkhidmatan awam Malaysia. Kesemua inisiatif ini meliputi bidang-bidang pembudayaan kualiti dan pembangunan organisasi, keutuhan pengurusan, pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan hubungan kerjasama serta perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta. Usaha-usaha ini adalah perlu bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam memenuhi kepuasan hati pelbagai golongan pelanggan.
Jaminan kualiti perlu menyokong semua inisiatif digital dan penyelesaian jaminan digital perlu melangkaui pengesahan fungsi yang diperlukan untuk emerging technology dan harus merangkumi pelbagai aspek seperti keupayaan rangkaian, kebolehoperasian, pengoptimuman prestasi dan keselamatan yang dipertingkatkan.
Kod Pakaian: Batik
Parkir: Level Basement 1 / 2 / 3 (Dari Lif Parking, sila naik ke level Concourse (C) dan gunakan elevator berdekatan Attrium untuk ke Dewan Head of States, aras G)
Tarikh Program
14-11-2024
14-11-2024
Sesi Program
SEMINAR JAMINAN KUALITI SISTEM APLIKASI SEKTOR AWAM 2024 |
14-11-2024 (07:30)14-11-2024 (19:30)
|
MAJLIS PERASMIAN |
14-11-2024 (14:30)14-11-2024 (15:00)
|
Lokasi
DEWAN HEAD OF STATES, ARAS G, PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTER (PICC)
Lihat Lokasi
Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)
Kategori Program
Program Terbuka [Terhad]
Kos Program
Program Percuma
Penganjur
UNIT MYTCOE, BAHAGIAN PERUNDINGAN DIGITAL, JABATAN DIGITAL NEGARA
Hubungi Kami
TS. NURSYAFIKA BINTI HARSAD
03-88723040
syafika@jdn.gov.my
PUAN MASTURA BINTI ADAM
03-88726375
masturaadam@jdn.gov.my