...
Pra-Daftar

Keterangan Program

[TERHAD KEPADA PASUKAN PROJEK PEMBANGUNAN JDN SAHAJA]

Bengkel Pemantapan Pengurusan Projek Pembangunan JDN dicadangkan sebagai satu platform bagi memperkukuh kompetensi dan kefahaman pegawai yang terlibat dalam pengurusan projek pembangunan. Bengkel ini akan memberi pendedahan berkaitan kaedah pemantauan kemajuan projek, pengurusan dan pengemaskinian maklumat dalam Sistem MyProjek, penyediaan pelaporan serta perkongsian pengalaman dan amalan baik dalam pengurusan data projek. Pendekatan ini diharapkan dapat memberi ruang kepada pegawai untuk berkongsi kefahaman, mendapatkan penjelasan terhadap perkara berkaitan serta meningkatkan keyakinan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Secara keseluruhannya, penganjuran bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman, kompetensi dan kecekapan pegawai dalam mengurus serta memantau projek pembangunan secara lebih tersusun dan berkesan. Pada masa yang sama, pengurusan maklumat projek yang lebih tepat, terkini dan berkualiti dalam Sistem MyProjek dapat menyokong proses pemantauan, pelaporan dan penyelarasan projek dengan lebih baik. Inisiatif ini seterusnya dapat menyumbang kepada pengukuhan tadbir urus projek pembangunan JDN serta menyokong pelaksanaan inisiatif digital sektor awam yang lebih terancang, berimpak dan selaras dengan aspirasi transformasi digital negara.

Tarikh Program

20-10-2026 22-10-2026

Sesi Program

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN DI PERINGKAT JABATAN DIGITAL NEGARA
20-10-2026 (07:30)22-10-2026 (17:00)

Lokasi

HOTEL MERCURE LIVING PUTRAJAYA
Lihat Lokasi

Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)

http://

Kategori Program

Program Terbuka [Terhad]

Kos Program

Program Percuma

Penganjur

JABATAN DIGITAL NEGARA

Hubungi Kami

MOHAMMAD FAEDZWAN BIN ABDUL RAHMAN
01126755201
faedzwan@jdn.gov.my

MILA AZMIRA BINTI AZMI
0172068274
azmira@jdn.gov.my