

Keterangan Program
MOHON MAAF. Majlis ini terpaksa DITUNDA ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Segala kesulitan amat kami kesali.
Jabatan Digital Negara (JDN) sedang membangunkan perkhidmatan digital bersepadu melalui aplikasi mudah alih (mobile apps) yang menghimpunkan maklumat rasmi dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan pemegang taruh. Aplikasi mudah alih ini memberi fokus kepada interaksi rakyat dan kerajaan yang lebih mudah dengan mengambil kira perkhidmatan lightweight, cepat dan kerap digunakan iaitu hampir setiap hari. Perkhidmatan berkonsepkan Whole of Government (WoG) yang melibatkan perkhidmatan touchpoint rakyat dalam suatu peristiwa kehidupan (life-event) merentas pelbagai agensi kerajaan disediakan kepada rakyat sebagai satu perkhidmatan secara dalam talian sepenuhnya.
Bagi merancakkan perluasan perlaksanaan aplikasi ini ke seluruh perkhidmatan agensi kerajaan boleh dinikmati dan dimanfaat oleh Rakyat, majlis peluncuran aplikasi ini akan disempurnakan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital.
Sasaran peserta adalah Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP), Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Pegawai Digital (CDO), Pengurus ICT dan Pegawai Perhubungan Awam (PRO). Maklumat lanjut, sila rujuk surat jemputan rasmi.
Tarikh Program
11-10-2024
11-10-2024
Sesi Program
MAJLIS PELUNCURAN APLIKASI MUDAH ALIH BERSEPADU PERKHIDMATAN KERAJAAN |
11-10-2024 (14:00)11-10-2024 (17:00)
|
Lokasi
Grand Ballroom, Aras 1, Hotel Zenith,
Jalan P2A, Presint 2,
62000 Putrajaya.
Lihat Lokasi
Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)
Kategori Program
Program Terhad ( Kapasiti : 355 )
Kos Program
Program Percuma
Penganjur
JABATAN DIGITAL NEGARA
Hubungi Kami
TS. HARYANI BINTI MOHD RASIDI
013-3990251
haryani@jdn.gov.my
AIDA BINTI JAAFAR
013-9559299
aida@jdn.gov.my