Keterangan Program
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Festival Idea Putrajaya (Putrajaya Festival of Ideas – Putrajaya FOI) 2025 pada 4 hingga 8 November 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.  Penganjuran Putrajaya FOI 2025 merupakan kesinambungan festival yang telah dilaksanakan pada tahun 2024. Ia merupakan satu inisiatif penting dalam usaha merakyatkan idea dan pendidikan tinggi serta mempromosi Malaysia sebagai pusat wacana intelektual dan inovasi di peringkat serantau dan global.
Festival ini bertujuan untuk menghimpunkan pemimpin pemikiran, pakar, pembuat dasar, ahli akademik, industri dan masyarakat umum dalam satu platform berprestij bagi membincang dan berkongsi idea-idea inovatif serta penyelesaian terhadap cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh negara dan dunia. Festival ini juga akan dapat menjadi platform untuk mengetengahkan kearifan lokal dan kebijaksanaan tempatan yang boleh turut menyumbang dalam usaha membina Masyarakat MADANI yang maju dan bertamadun berasaskan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan. Festival ini akan dihadiri oleh pemimpin pemikir, pakar, pembuat dasar, ahli akademik, industri dan masyarakat umum dalam satu platform berprestij bagi membincang dan berkongsi idea-idea inovatif serta penyelesaian terhadap cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh negara dan dunia. 
Tarikh Program
                                            
                                            07-11-2025 
                                            07-11-2025
                                            
                                        
Sesi Program
| MAJLIS PELUNCURAN FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2025 OLEH YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, PERDANA MENTERI | 
| 
                                                         07-11-2025 (16:30)07-11-2025 (18:00) 
                                                     | 
                                                
Lokasi
Putrajaya International Convention Centre (https://maps.app.goo.gl/hs39YDFitzGxm7EH9)
Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)
Kategori Program
Program Terbuka
Kos Program
Program Percuma
Penganjur
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Hubungi Kami
                                                            NORAISYAH BINTI KHAIRUDDIN
                                                            
                                                            0388706282
                                                            
                                                            aisyah.khairuddin@mohe.gov.my
                                                        
                                                            MOHAMMAD AFFIQ AQMAL BIN ZULKIFLI
                                                            
                                                            0388705347
                                                            
                                                            affiq.aqmal@mohe.gov.my