Keterangan Program
Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada bulan Disember 2024 yang bertujuan untuk menjadikan perkongsian data antara agensi sektor awam di Malaysia lebih selamat dan sistematik.
Antara intipati utama dalam RUU Perkongsian Data 2024 yang mengandungi 5 Bahagian dan 29 Fasal adalah pengwujudan Jawatankuasa Perkongsian Data dan peranan pengawal selia yang diberikan kepada Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara. Ia merupakan satu tindakan ke arah mewujudkan struktur tadbir urus perkongsian data sektor awam yang lebih sistematik dan berfokus di dalam ekosistem perkongsian data di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Tarikh Program
24-01-2025
24-01-2025
Sesi Program
Sesi Perkongsian Maklumat Perkhidmatan JDN Siri 1/2025: Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 |
24-01-2025 (10:30)24-01-2025 (11:30)
|
Lokasi
Program Atas Talian
Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)
Kategori Program
Program Terbuka
Kos Program
Program Percuma
Dokumen Berkaitan
Penganjur
Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA), JDN
Hubungi Kami
Ts. Abdul Latiff Ahmad Zainuri
0388723070
latiff@jdn.gov.my