...
Pra-Daftar

Keterangan Program

Jabatan Digital Negara (JDN) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX 2.0). Projek ini bertujuan untuk memperkasa dan meningkatkan keupayaan Platform Perkongsian Data yang komprehensif bagi membolehkan perkongsian data merentas agensi dilaksanakan dengan mudah serta selamat.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan/ Agensi telah selesai dipasang dengan komponen Security Server dan UXP Connector MyGDX 2.0. Sehubungan dengan itu, Latihan Pentadbiran dan Pengurusan MyGDX 2.0 akan dilaksanakan kepada agensi.

Objektif latihan ini adalah seperti berikut:

  1. Pengurusan platform MyGDX 2.0 melalui Security Server kepada Pentadbir Agensi; 
  2. Pembangunan API MyGDX 2.0 melalui UXP Connector; dan
  3. Pengurusan operasi dan penggunaan Portal MyGDX 2.0 kepada Pentadbir dan Pelulus Agensi.
Latihan ini adalah terbuka kepada Pentadbir dan Pelulus agensi. Peserta latihan dikehendaki menghadiri kesemua empat (4) hari tempoh latihan bagi memastikan pentadbiran kendiri agensi seterusnya. 
 

Tarikh Program

04-11-2024 07-11-2024

Sesi Program

Latihan Pentadbiran dan Pengurusan MyGDX 2.0 
04-11-2024 (08:00)07-11-2024 (17:00)

Lokasi

Hotel Dorsett 
Presint 3, 62000 Putrajaya

 

Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)

https://www.mygdx.gov.my

Kategori Program

Program Terhad ( Kapasiti : 37 )

Kos Program

Program Percuma

Penganjur

JABATAN DIGITAL NEGARA

Hubungi Kami

Encik Mohd Haddy bin Md Yatim
019-7740430
haddy@jdn.gov.my

Puan Maziana binti Abd Majid
013-2862254
maziana@jdn.gov.my