Keterangan Program
- Kementerian Digital berperanan sebagai peneraju agenda transformasi digital negara termasuk memperkukuh kesiapsiagaan sektor awam dalam penerapan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI) .
- Selaras dengan perkembangan pesat teknologi AI Generatif dan automasi pintar, penggunaan ekosistem platform bersepadu seperti Google Gemini, Claude, Zapier, dan Canva kini mampu membantu meningkatkan produktiviti kerja, mempercepatkan analisis data, mengoptimumkan penyediaan dokumen rasmi, serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan secara lebih cekap dan responsif. Gabungan teknologi ini merangkumi pengurusan maklumat pintar (Gemini), keupayaan pembangunan solusi harian tanpa kod melalui kaedah Vibe Coding (Claude), automasi aliran kerja tanpa ralat (Zapier), dan visualisasi maklumat korporat yang berimpak tinggi (Canva).
- Sehubungan itu, bengkel ini diadakan sebagai platform perbincangan strategik, penyelarasan pelaksanaan serta perkongsian amalan terbaik berkaitan penggunaan ekosistem AI bersepadu ini dalam meningkatkan produktiviti kerja dan mempercepatkan agenda transformasi digital Kementerian Digital. Bengkel ini turut menjadi medium bagi mengenal pasti peluang penambahbaikan proses kerja, isu pelaksanaan, keperluan tadbir urus serta cadangan inisiatif penggunaan AI di peringkat kementerian.
- OBJEKTIF PELAKSANAAN
- Memperkasa kompetensi digital pegawai awam dalam mengintegrasikan AI Generatif (Google Gemini) sebagai pemacu kecekapan pengurusan maklumat, analisis data, dan penyediaan dokumen rasmi di peringkat bahagian;
- Melatih pegawai awam sebagai peneraju inovasi tempatan yang mampu membangunkan solusi harian dan aplikasi mikro tanpa kod secara tangkas melalui kaedah Vibe Coding (Claude);
- Membentuk agen perubahan yang berupaya mengenal pasti ruang penambahbaikan serta merancang automasi proses kerja berulang (workflow automation melalui Zapier) demi menghapuskan birokrasi manual; dan
- Meningkatkan kemahiran komunikasi strategik pegawai dalam menterjemahkan data korporat atau dasar kerajaan kepada visualisasi maklumat digital yang berimpak tinggi (Canva) untuk penyampaian perkhidmatan yang lebih mesra rakyat.
Tarikh Program
10-08-2026
14-08-2026
Sesi Program
| SESI 1 |
|
10-08-2026 (08:00)10-08-2026 (17:00)
|
| SESI 2 |
|
14-08-2026 (08:00)14-08-2026 (17:00)
|
Lokasi
DEWAN PAMERAN, MENARA USAHAWAN
Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)
Kategori Program
Program Terbuka
Kos Program
Program Percuma
Penganjur
BAHAGIAN INKUBATOR DIGITAL
Hubungi Kami
SITTI SURAIDAH BINTI ANAS
0 148301363
suraidah@digital.gov.my
KUGANESWARI A/P BALAKRISHNAN NAIR
0102282097
kugan@digital.gov.my