Keterangan Program
Jabatan Digital Negara (JDN) komited untuk memperkukuh pelaksanaan perkongsian data sektor awam secara lebih bersepadu, selamat dan efisien bagi menyokong penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih pantas, berkualiti dan berorientasikan data. Melalui ekosistem perkongsian data yang mantap, kementerian dan agensi kerajaan dapat bekerjasama dengan lebih efektif dalam menyediakan perkhidmatan digital yang memenuhi keperluan rakyat, perniagaan dan kerajaan.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, JDN telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Projek Perluasan Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX 2.0) Fasa 1. Projek ini memberi tumpuan kepada peluasan penggunaan platform MyGDX sebagai platform perkongsian data sektor awam yang membolehkan perkongsian data merentas kementerian dan agensi kerajaan dilaksanakan secara seragam, mudah, selamat dan terjamin, selaras dengan aspirasi transformasi digital sektor awam.
Sehubungan itu, JDN menganjurkan Sesi Seiring Ke Arah Kebolehsediaan MyGDX sebagai inisiatif pemudah cara bagi membimbing kementerian dan agensi dalam mencapai status MyGDX Ready. Sesi ini memberi pendedahan mengenai keperluan pelaksanaan MyGDX, menyokong persediaan teknikal dan tadbir urus, serta mempercepat pelaksanaan integrasi dan perkongsian data melalui platform MyGDX.
Dimaklumkan bahawa penyertaan ke program ini adalah terhad kepada kementerian dan agensi sektor awam yang menerima jemputan rasmi sahaja.
Tarikh Program
12-08-2026
12-08-2026
Sesi Program
| SESI SEIRING KE ARAH KEBOLEHSEDIAAN MyGDX SIRI 7 |
|
12-08-2026 (07:30)12-08-2026 (18:00)
|
Lokasi
Satria 2, Level 3, Hotel Dorsett Putrajaya
Url Web (Pautan portal/ web berkaitan)
Kategori Program
Program Terhad ( Kapasiti : 71 )
Kos Program
Program Percuma
Penganjur
BAHAGIAN KERAJAAN DIGITAL, JABATAN DIGITAL NEGARA
Hubungi Kami
Puan Maziana binti Abd Majid
013-2862254
maziana@jdn.gov.my
Puan Noor Sufiatul Asni binti Mohamad Sukri
011-29178147
sufi@jdn.gov.my