Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. YBrs. Ts./Dr./Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pihak YBrs. Ts./Dr./Tuan/Puan untuk mengikuti latihan di atas telah diterima. Oleh itu YBrs. Ts./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir ke latihan ini seperti ketetapan berikut :          Tarikh    : 7 – 8 April 2025 (Isnin-Selasa)          Masa      : 9.30 pagi – 5.00 petang          Tempat    : Aras 4, Bilik Latihan Komputer,                      Pusat Sumber, Kementerian Komunikasi (KKOM),                     Presint 4, Putrajaya. 3. Untuk makluman, makan dan minum sepanjang sesi latihan akan disediakan pihak penganjur manakala bagi penginapan dan pengangkutan untuk peserta adalah tidak disediakan. 4. Mohon kerjasama daripada pihak YBrs. Ts./Dr./Tuan/Puan juga untuk memberikan pengesahan kehadiran melalui sistem MyGovEvent sebelum atau pada 26 Mac 2025 (Rabu). Sekiranya peserta tidak dapat menyertai latihan yang telah ditawarkan, peserta hendaklah memaklumkan kepada urusetia dan mencari pengganti untuk menghadiri sesi Latihan Pentadbir SPOT-Me dan Sistem Pengurusan Acara (MyGovEvent)  ini. Pihak YBrs. Ts./Dr./Tuan/Puan juga adalah dimohon agar dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui sistem MyGovEvent menerusi pautan di bawah dengan menggunakan Kod Acara : myevent2025 : Pautan : https://staging.mygovevent.gov.my/ms/evt/d239-105-NV3hBkYRRsy   5. Bagi pengesahan kehadiran ini, YBrs. Ts./Dr./Tuan/Puan dikehendaki untuk membuat Pendaftaran Pengguna MyGovEvent terlebih dahulu. Setelah selesai pendaftaran dan pengaktifan akaun, YBrs. Ts./Dr./Tuan/Puan perlu log masuk ke MyGovEvent untuk membuat Pra Pendaftaran Train the Trainer SPOT-Me. 6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan perkara ini, tuan/puan boleh berhubung dengan Puan Nik Nurul FItriyah (niknurulf@jdn.gov.my; 03-88725189), Puan Ruzita binti Jamalludin (ruzita@jdn.gov.my; 012-3699242) atau Puan Nor Asmizan (asmizan@jdn.gov.my; 013-7017395). Sekian, salam hormat. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah,